Berminat & berkemahiran dalam jahit-menjahit. Juga mahir membuat gaun smocking kanak-kanak. Hasil jahitan yang cantik & kemas membuatkannya selesa dipakai.
Saturday, 30 June 2012
Monday, 25 June 2012
Minat Kepada Smocking
Aku mula kenal smocking sejak kecil lagi. Dulu aku selalu tengok makcik aku jahit smocking untuk baju anak dia. Dari situ aku mula belajar camne nak jahit smocking ni. Dari mula camne nak plattenkan kain sampai la camne nak jahit smockingnye. Semua makcik aku yang ajar. Bila aku dah tau nak buat, boleh dikatakanlah,hampir semua baju smocking anak dia aku yang jahit. Masa tu aku jahit smockingnye je la..yg nak cantum jadi baju tu makcik aku la yang jahit.
Oleh kerana aku belajar menjahit ni secara tidak formal,aku ada gak beli buku-buku tentang smocking ni utk tambah ilmu. Hinggakan ada satu buku ni aku tak jumpa cari di pasaran..last2nye aku dpt beli masa pesta buku. Ada dua buah buku tentang smocking ni dlm versi BM yg aku gunakan (almaklumla..org tak pandai BI). Bila ada masa nanti aku poskan gambar bukur yg aku gunakan.
Bagi aku, nak menjahit smocking ni tak la susah sangat. Cuma yang lecehnye tu nak kena pleatenkan @ kedutkan kain dulu sebelum dismocking. Ada mesin untuk pleatenkan kainnye...tapi kalu tak ada kena buat cara manual la.
Ha...ini la dia mesin pleater. Oleh kerana aku tak ada mesin ni, maka aku kena jahit jelujur untuk buat kedut pada kain. Sebelum nak jelujur tu kenalah buat tanda supaya jaraknye sama besar. Nampak lecehkan......tapi kerana minat aku sanggup gak buat. Harap lepas ni dapat kumpul duit nak beli mesin pleaten ni yang berharga dalam RM800 - RM900.
Korang nak tengok hasil pleaten yang aku buat secara manual? Ini dia hasilnye.....

***Maaf la ye korang...gambar tak berape clear sbb guna kamera handphon.
Sunday, 24 June 2012
Kembali Bersmocking
Errmmm...sebenarnyer dah lama sangat aku tak membuat smocking ni, disebabkan kesibukan aku dgn anak-anak kecil. Ye la..camner nak menjahit..kalu baru pegang kain je anak dah tarik-tarik kain. Ada skali tu benang yg baru aku beli jadi bergumpal-gumpal dibuat main dgn diorang. Tak pe lar...demi diorang nak membesar aku simpan dulu minat aku ni. Dan sekarang aku rasa aku dah tak sabar nak bersmocking semula. Lagi pun lagi 2 bln nak raya, rasa berkobar-kobar nak tengok 3 orang anak daraku bergaun smocking. Sampaikan aku beli 5 helai kain cottan utk bt baju diorang. Tapi tak de la aku nak bt smocking semua. Aku ingat nak juga buat baju gaun muslimah mcm yang ada jual dlm internat tu...Nanti bila dah siap aku postkan gambar baju-baju tu yer...tungguuu....
Subscribe to:
Posts (Atom)